Polisi & Terma
100 Blooms Enterprise (202103358950) · Dikemas kini 21 Oktober 2026
Polisi refund & pembatalan
Hadiah kami disediakan khas untuk setiap order (bunga segar, kek dan barang dibeli selepas bayaran), jadi order yang dah dibayar tidak boleh dibatalkan atau di-refund.
- Tukar tarikh: awak boleh minta tukar tarikh penghantaran melalui WhatsApp, tertakluk kepada kekosongan tarikh baru. Beza caj slot (jika ada) perlu dibayar.
- Kami tak dapat penuhi order: jika 100 Blooms tidak dapat menghantar order yang dah dibayar (contohnya alamat di luar kawasan liputan), kami akan tawarkan tarikh lain atau bayaran balik penuh ke akaun asal dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Masalah pada hadiah: jika hadiah rosak atau tidak sama dengan order, WhatsApp kami secepat mungkin bersama gambar. Team kami akan semak dan bantu, termasuk penggantian atau voucher.
- Penerima tiada / maklumat salah: jika penghantaran gagal kerana alamat atau nombor penerima salah, atau penerima tidak dapat dihubungi, order dikira selesai. Team akan hubungi pembeli untuk aturan seterusnya.
Polisi penghantaran
- Kawasan: Kuala Lumpur, Putrajaya dan kebanyakan Lembah Klang. Rawang, Kuang, Selayang dan Sungai Buloh dikenakan caj kawasan RM20. Poskod disemak semasa order.
- Penghantaran percuma antara 10 pagi – 6 petang (masa tepat tidak dijanjikan).
- Slot tetap (+RM10): Slot A 9 pagi–12 tengah hari, Slot B 1–4 petang, Slot C 5–8 malam. Masa khusus (+RM50) antara 9 pagi – 10 malam, ditempah sekurang-kurangnya 5 jam awal.
- Hari yang sama: tertakluk kepada waktu tutup setiap slot dan kapasiti harian.
- Item katalog penuh (di luar Combo Jimat) dikenakan caj penghantaran berasingan seperti dinyatakan dalam invoice.
- Runner kami mengambil gambar penerima bersama hadiah sebagai kenangan untuk pembeli.
Bayaran
- Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM) dan dipaparkan sebelum bayaran.
- Bayaran penuh diperlukan sebelum hadiah disiapkan. Tiada bayaran separuh atau COD.
- Bayaran online (FPX, DuitNow, kad) diproses oleh penyedia gerbang pembayaran berlesen. 100 Blooms tidak menyimpan maklumat kad atau akaun bank awak.
- Bayaran melalui pemindahan bank / QR disahkan selepas kami terima resit.
- Invoice dan resit (PDF) dihantar melalui WhatsApp dan boleh dibuka di link semak order.
Polisi privasi
- Data yang dikumpul: nama dan nombor telefon pembeli, nama, telefon dan alamat penerima, ayat wishcard, gambar polaroid yang di-upload, dan butiran order.
- Tujuan: untuk memproses, menyiapkan dan menghantar order, menghubungi awak tentang order, serta menghantar invoice dan resit.
- Gambar polaroid disimpan secara peribadi dan hanya digunakan untuk dicetak dalam hadiah. Gambar tidak dikongsi secara umum tanpa kebenaran.
- Pihak ketiga: maklumat penerima dikongsi dengan runner penghantaran setakat yang perlu untuk menghantar hadiah. Bayaran diproses oleh gerbang pembayaran. Kami tidak menjual data awak.
- Mesej: kami mungkin menghantar mesej WhatsApp tentang promosi atau tarikh penting. Balas STOP untuk berhenti menerimanya.
- Hak awak: awak boleh minta salinan, pembetulan atau pemadaman data peribadi awak dengan menghubungi kami. Data diurus selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Terma & syarat
- Dengan membuat order, awak bersetuju dengan polisi di halaman ini.
- Gambar produk adalah contoh. Bunga segar, warna wrapping dan reben mungkin sedikit berbeza mengikut stok semasa, dengan nilai yang sama.
- Jika perisa kek atau item tertentu kehabisan stok, kami akan gantikan dengan pilihan yang setara.
- Pembeli bertanggungjawab atas ketepatan maklumat penerima dan kandungan ayat wishcard.
- Voucher tertakluk kepada syarat dan tarikh tamat masing-masing, dan tidak boleh ditukar kepada tunai.
Hubungi kami
- Nama syarikat
- 100 Blooms Enterprise
- No. pendaftaran
- 202103358950
- +60 18-254 7099